Hari ni mesyuarat yang paling tak syok sekali,sebab pihak pengurusan sekolah macam copy&paste aje tugas tahun 2009 ke tahun 2010.Bukan nak kurang malah ditambah lagi adala.Aku dapat tugas yang sama,ketua penasihat kepada unit yang sama dan lain2 lagi yang sama,serta masuk tahun 2010 bermaknanya 25 tahun tanpa henti pegang kelas!
Orang lain bangun gak bantah tugas yang mereka tak suka atau tak sanggup buat kerja,aku buat derk je sebab pengetua tak pandang aku walau sebelah mata,dari aku membazir air liur dan tenaga baik diam saja ,habis2 pun boleh tambah dosa adala,takpun naik darah tinggi aku ni,apapun REDHA je,itu lebih baik sebagai terapi.
Aku perasan ada cikgu baru melapor diri,3 orang semuanya, yang dua orang tu dah kenal,lagi satu orang tak kenal.Biarlah tak penting.Yang penting dan perlu diambil perhatian kenapa cikgu muda2 asyik mengelak dari tugas,macam2 alasan dan kerenah dan yang tak syok tu mendapat sokongan pengetua.
Berlalu mesyuarat hari ini bermakna bermulalah tugas baru menanti di sesi 2010,cuma satu perkara lagi yang belum tahu,kelas mana pulak kita mengajar dan subjek apa,tak kisah kelas manapun,semua serupa saja.
Tuesday, December 29, 2009
MESYUARAT PERSIAPAN PERSEKOLAHAN SESI 2010
Posted by Merpati Puteh at 7:34 PM 0 comments
Thursday, December 24, 2009
PMR
Alhamdulillah akhirnya terjawablah tekateki keputusan PMR 2009 hari ini.Betul jangkaan aku 5 pelajar dapat 9A.Syukur juga kerana subjek aku walau tak seramai tahun lepas,bolehlah kerana semua lulus dengan gred paling rendah C seramai 12 orang,B 75 dan A 64.No 2 selepas B Melayu.
Boleh lah tahun depan nak letak jawatan.....................
Posted by Merpati Puteh at 2:44 PM 0 comments
Sunday, December 20, 2009
KEPUTUSAN PMR 2009
Berdebar debar nak tiba 24/12/2009 ni,masa anak sendiri ambik pereksa tak ada pulak berdebar macam ni,entahlah, mungkin takut result rendah,kena jawab soalan pengetua lagi,kena buat post mortem lagi dan lain lain lagi.
Seandainya lah result lebih rendah dari 2008,kalau lebih tinggi tak apa la,harap2 lebih baik.....,tahun 2008 100 calon dapat A,peratus hampir 60%,1 gagal dan memang sudah jangka malah kami jangka 5 orang gagal.Tu subjek kita lah,subjek lain tak tau la pulak.
Harapan tahun 2009 ni sekurang kurangnya dapat 5 orang 9A,sebab anak sulung Premier ambik pereksa tahun ni.Apapun kita tengok je la nanti 24/12/2009.Anak2 3 Bestari dan 3 Gemilang wa caya lu!..
Posted by Merpati Puteh at 1:31 PM 1 comments
19 HADIS RASULULLAH MENGENAI WANITA
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19 Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
Posted by Merpati Puteh at 1:18 PM 0 comments
Saturday, December 19, 2009
CUTI CUTI RUMAH
Hari ni sepatutnya dah dok KL dah sebab nak gi ambik si along tapi plan tak jadi sebab along call dia dah dapat kerja kat sana,jadi tak jadi lah kami nak gi cuti cuti malaysia.Tak pelah along kata dia nak kerja sementara tunggu majlis konvo bulan ogos.Aku tak kesah sebenarnya,aku pun tak dapat nak bagi duit banyak2 kat along dan dia faham sebab tu dia nak kerja,nak pegang duit sendiri katanya,nak beli kereta la,nak buat itu dan ini.Dan aku harap bila pegang duit nanti jangan lupa diri,lupa janji pada ummi nak buat master. Apa yang penting jaga diri dan maruah baru lah ummi tenang kat kampung.
Nampaknya tahun ni cuti2 rumah lah ye!
Posted by Merpati Puteh at 11:41 AM 2 comments
WEDDING ANNIVERSARY 23
Pagi 12/12/2009,buka je mata aku berbisik kat telinga suami,tak nak celebrate ke anniversary kita hari ni? Dia tanya nak apa?Aku tak nak apa2 hadiah sebab selama ni dia tak pernah bagi aku hadiah,semua tu bagi aku tak bermakna yang penting hati.Saja aku minta raikan hari ni sebab aku tak tahu mungkin ini yang terakhir?
Aku,suami,angah dan adik ke bandar KB gi makan piza je,itu yang aku mintak dari suami sempena ulangtahun ke 23 ni.Suami terkilan sebab anak gadis kesayangan dia tak dapat makan piza,tapi bila aku kata along dah selalu makan semua tu baru dia diam.
Aku tidak tahu apa yang suami aku cari dalam hidupnya,aku jadi tidak kenal suami sendiri walau telah hidup bersama selama 23 tahun.Yang aku hairan bagaimana ia mampu bertahan setelah onak,duri,ribut,tsunami,gempa bumi,tanah runtuh dan lain lain malapetaka menimpa kami,kami masih sempat sambut ulangtahun ke 23 ini..Syukur pada Tuhan.
Posted by Merpati Puteh at 11:24 AM 3 comments
HARGAI HIDUP INI
Entah mengapa hati tiba2 sayu,sunyi dan rasa terbuang,terasa diri tidak disayangi dan dihargai,semua orang sibuk,anak sibuk,suami sibuk, tak tahu nak buat apa.Kalau duit banyak boleh gak gi shopping ke,makan angin ke?Agaknya semua orang nak sayang aku bila aku telah tiada.........biarlah ..nak buat macamana?Kalau beremosi gini airmata nak keluar pulak.......
Apapun kita kena hargai hidup yang singkat ini. Ya Allah tunjukkan aku jalan seiring tahun baru hijrah 1431,semuga hidup aku lebih berwarna setelah sekian lama ia hitam dan putih saja.
Posted by Merpati Puteh at 11:13 AM 1 comments
Wednesday, December 16, 2009
SPM OH SPM
Hari ini selesailah tugas aku mengawas peperiksaan SPM,sedih gak maklumlah nak berpisah ngan kawan2 setugas ,suka duka hampir sebulan. Macam2 pengalaman,antaranya meredah banjir,Kami terpaksa meredah banjir dengan kereta lepas tu terpaksa naik lori kerana jalan tidak boleh dilalui kenderaan kami.Lucu ada, malu pun ada. Yelah pakai cantik2 naik lori tak de atap pulak tu, basah kuyup kena hujan, tapi bila dikenang2,itulah pengalaman yang paling mahal yang mungkin tak kami lalui lagi....
Apapun beban dibahu dah berkurang,sedar2 2minggu lagi sekolah dah nak mula.Berdebar nak tiba hari mesyuarat 29hb nanti, kelas apa pulak kena ngajar, tugas apa pulak kena kandar harap tak lah berat. Cuma satu bermain difikiran,aku lagi ke guru penasihat kadet polis?Harap tak la tahun 2010 ni,tolong tuan pengetua,ana dah tua........bagi la orang lain yang muda2,dah penat,dekat satu dekad aku jadi penasihat habok pun tadak!
Posted by Merpati Puteh at 11:11 PM 0 comments
Tuesday, December 15, 2009
OH KERETAKU
Kelmarin masa nak keluar dalam pukul 5.00 petang, entah macamana aku yang dah berpuluh tahun bawa kereta,lesen betul bukan kopi o,terlanggar tiang konkrit di garaj,rabak bumper depan,patah besi pemegang bumber tu. Anak2 keluar terkejut bunyi kuat,mereka kata rumah bergegar. Aku panik sekejap je, pastu keluar jugak ngan sang kancil.
Bila malam suami baru perasan kereta rabak,apalagi bertubi tubi soalan dan pertanyaan, Semua soalan aku tak dapat jawab,aku tutup muka dan anak aku yang nombor 2 ambil tugas menjawab.
Bukannya aku sengaja nak langgar dah nak terjadi nak buat macamana.Kalau aku gila sekalipun takkan aku nak langgar tiang tu sebab aku gak yang kena baiki,nampak dah bonus yang Najib nak bagi tu selamat baiki kereta.Nak kata apa lagi.......kereta pun dah masuk bengkel pagi tadi...
Posted by Merpati Puteh at 4:37 PM 0 comments
UJIAN KELAYAKAN TINGKATAN SATU
Hari ini kami guru guru yang ditugaskan untuk mengawas dan memeriksa kertas ujian kelayakan ke asrama penuh pening kepala sebab kami tidak menemui kualiti pada pelajar 5A yang datang mengambil ujian tersebut. Setelah markah dikira dan di semak mereka ternyata tidak mencapai apa yang kami kehendaki, Soalan yang diuji pula bukannya soalan susah, Yang pertama Quran, Surah Al-Baqarah,bukan hafaz baca saja,Kedua soalan objektif Pendidikan Islam/Pafa sekolah rendah dan ke tiga menjawikan teks rumi dan merumikan teks jawi.Rata rata mereka memperoleh markah 60%,cuma ada 15 pelajar yang dapat 80-85,tak seorangpun dapat 86 dan keatas,29 orang dapat markah 75-79.
Apa yang saya nampak pelajar lemah sangat dalam menjawikan teks sehingga tiada markah langsung bagi soalan ini. Itu pelajar 5A.
Dua hari lepas saya dan rakan guru yang lain ke sekolah juga untuk mengawas dan memeriksa ujian kelayakan untuk kelayakan ke SMA Maarif, Tahun ini unit layak mengambil ujian kelayakan ialah 20 unit ataupun sekurang kurangnya 5B. Sambutan sangat menggalakkan,saya tabiklah ibu bapa yang nak sangat anak mereka ke sekolah agama walaupun mungkin inilah pilihan terakhir, walau macamanapun akhirnya selesailah ujian tersebut,kehadiran calon luar jangka iaitu 290 orang, yang tak di tawarkan pun datang masuk ujian, yang tidak lulus dan markah rendah terpaksalah kami tolak kerana kami cuma mahu 150 orang sahaja untuk 5 kelas sesi 2010.
Sedih bila kita kena komplen dari ibubapa,buat apa ujian lagi? anak kita sudah layak!Anak saya dah dapat 5A,kenapa kena ujian?Dan macam2 lagi.
Nak tahu apa yang saya jumpa?Bukan nak mengaibkan sesiapa, seorang pelajar 5A, ejaan rumi pun salah apatah lagi jawi dan dia tidak lulus ujian kerana markah yang rendah.
Tidak keterlaluan kalau saya kata kita tak usah dok bangga kerana anak kita dapat 5A dengan jasa meniru........
Posted by Merpati Puteh at 4:04 PM 0 comments