Tuesday, December 15, 2009

UJIAN KELAYAKAN TINGKATAN SATU

Hari ini kami guru guru yang ditugaskan untuk mengawas dan memeriksa kertas ujian kelayakan ke asrama penuh pening kepala sebab kami tidak menemui kualiti pada pelajar 5A yang datang mengambil ujian tersebut. Setelah markah dikira dan di semak mereka ternyata tidak mencapai apa yang kami kehendaki, Soalan yang diuji pula bukannya soalan susah, Yang pertama Quran, Surah Al-Baqarah,bukan hafaz baca saja,Kedua soalan objektif Pendidikan Islam/Pafa sekolah rendah dan ke tiga menjawikan teks rumi dan merumikan teks jawi.Rata rata mereka memperoleh markah 60%,cuma ada 15 pelajar yang dapat 80-85,tak seorangpun dapat 86 dan keatas,29 orang dapat markah 75-79.
Apa yang saya nampak pelajar lemah sangat dalam menjawikan teks sehingga tiada markah langsung bagi soalan ini. Itu pelajar 5A.
Dua hari lepas saya dan rakan guru yang lain ke sekolah juga untuk mengawas dan memeriksa ujian kelayakan untuk kelayakan ke SMA Maarif, Tahun ini unit layak mengambil ujian kelayakan ialah 20 unit ataupun sekurang kurangnya 5B. Sambutan sangat menggalakkan,saya tabiklah ibu bapa yang nak sangat anak mereka ke sekolah agama walaupun mungkin inilah pilihan terakhir, walau macamanapun akhirnya selesailah ujian tersebut,kehadiran calon luar jangka iaitu 290 orang, yang tak di tawarkan pun datang masuk ujian, yang tidak lulus dan markah rendah terpaksalah kami tolak kerana kami cuma mahu 150 orang sahaja untuk 5 kelas sesi 2010.
Sedih bila kita kena komplen dari ibubapa,buat apa ujian lagi? anak kita sudah layak!Anak saya dah dapat 5A,kenapa kena ujian?Dan macam2 lagi.
Nak tahu apa yang saya jumpa?Bukan nak mengaibkan sesiapa, seorang pelajar 5A, ejaan rumi pun salah apatah lagi jawi dan dia tidak lulus ujian kerana markah yang rendah.
Tidak keterlaluan kalau saya kata kita tak usah dok bangga kerana anak kita dapat 5A dengan jasa meniru........

0 comments: