Wednesday, December 16, 2009

SPM OH SPM

Hari ini selesailah tugas aku mengawas peperiksaan SPM,sedih gak maklumlah nak berpisah ngan kawan2 setugas ,suka duka hampir sebulan. Macam2 pengalaman,antaranya meredah banjir,Kami terpaksa meredah banjir dengan kereta lepas tu terpaksa naik lori kerana jalan tidak boleh dilalui kenderaan kami.Lucu ada, malu pun ada. Yelah pakai cantik2 naik lori tak de atap pulak tu, basah kuyup kena hujan, tapi bila dikenang2,itulah pengalaman yang paling mahal yang mungkin tak kami lalui lagi....
Apapun beban dibahu dah berkurang,sedar2 2minggu lagi sekolah dah nak mula.Berdebar nak tiba hari mesyuarat 29hb nanti, kelas apa pulak kena ngajar, tugas apa pulak kena kandar harap tak lah berat. Cuma satu bermain difikiran,aku lagi ke guru penasihat kadet polis?Harap tak la tahun 2010 ni,tolong tuan pengetua,ana dah tua........bagi la orang lain yang muda2,dah penat,dekat satu dekad aku jadi penasihat habok pun tadak!

0 comments: