Hari ni mesyuarat yang paling tak syok sekali,sebab pihak pengurusan sekolah macam copy&paste aje tugas tahun 2009 ke tahun 2010.Bukan nak kurang malah ditambah lagi adala.Aku dapat tugas yang sama,ketua penasihat kepada unit yang sama dan lain2 lagi yang sama,serta masuk tahun 2010 bermaknanya 25 tahun tanpa henti pegang kelas!
Orang lain bangun gak bantah tugas yang mereka tak suka atau tak sanggup buat kerja,aku buat derk je sebab pengetua tak pandang aku walau sebelah mata,dari aku membazir air liur dan tenaga baik diam saja ,habis2 pun boleh tambah dosa adala,takpun naik darah tinggi aku ni,apapun REDHA je,itu lebih baik sebagai terapi.
Aku perasan ada cikgu baru melapor diri,3 orang semuanya, yang dua orang tu dah kenal,lagi satu orang tak kenal.Biarlah tak penting.Yang penting dan perlu diambil perhatian kenapa cikgu muda2 asyik mengelak dari tugas,macam2 alasan dan kerenah dan yang tak syok tu mendapat sokongan pengetua.
Berlalu mesyuarat hari ini bermakna bermulalah tugas baru menanti di sesi 2010,cuma satu perkara lagi yang belum tahu,kelas mana pulak kita mengajar dan subjek apa,tak kisah kelas manapun,semua serupa saja.
Tuesday, December 29, 2009
MESYUARAT PERSIAPAN PERSEKOLAHAN SESI 2010
Posted by Merpati Puteh at 7:34 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment